Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web


 

Arkib Berita

2001
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun
Julai | Ogos | September | Oktober

Berita Online Perguruan


gp16.jpg (16624 bytes)11.11.01: Perayaan Gayong Perdana di Tanjung Malim nyata sekali membawa seribu kenangan kepada para peserta yang hadir.

Perayaan dua hari tersebut telah berlangung pada 10 dan 11 November bertempat di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Menurut AJK Protokol perayaan tersebut, Pairus Mansor, penyertaan oleh ahli Gayong dari dua universiti awam dan lapan buah sekolah negeri Perak amat memberangsangkan.

"Ini merupakan kali pertama perayaan Gayong Perdana diadakan di UPSI dan sokongan yang diterima daripada pihak pentadbiran UPSI, ahli Gayong seluruh Malaysia dan juga dari pertubuhan Gayong sendiri memberikan harapan kepada kami untuk mengadakan perayaan seumpama ini pada tahun depan," katanya.

gp6.jpg (17503 bytes)Pada hari pertama perayaan, peserta disajikan dengan sebuah diskusi bersama pemegang amanah PSSGM, Datuk Dr Haji Ahmad Lazim dan Setiusaha Agung PSSGM, Haji Mohd Anuar Haji Abdul Hamid. Diskusi tersebut telah mengimbas kembali jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Uda Md Hashim, mahaguru PSSGM dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian seorang ahli Gayong.

Pada pagi 11 November pula, peserta seramai 132 orang mempersembahkan demonstrasi besar-besaran di hadapan dif-dif kehormat. Antaranya ialah Imam Khalifah PSSGM yang juga Presiden PESAKA, Tan Sri Datuk Muhammad Haji Md Taib, Naib Canselor UPSI, Datuk Prof Ir Dr Mohammad Noor Haji Salleh dan Datuk Haji Ahmad Lazim.

Persembahan diketuai oleh cikgu Sazali Datuk Meor Abdul Rahman, anak angkat kepada mahaguru Gayong tersebut.

Antara permainan dan persembahan yang dihadapkan ialah tempur bersenjata, tempur tangan kosong, lompatan anak harimau, pemecahan genting dan buluh dan membengkok batang besi.

 


10.11.01: Keriuhan Yang Memenuhi Stadium Badminton Cheras pada hari ini bukanlah dari kejuaraan silat yang baru lepas, tetapi daripada penonton-penonton dan peserta Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan Ke-21 2001.

Dianjurkan oleh Persatuan Taekwondo Malaysia dan dibantu oleh syarikat Magnum dan Milo (Nestle) kejohanan tersebut berlangsung dari 10-11 November dan dijangka akan menemukan peserta peserta yang bakal mengharumkan negara di kejohanan peringkat antarabangsa akan datang.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN), pasukan taekwondo pada Sukan SEA XXI menunjukkan prestasi yang merosot apabila hanya merampas tiga pingat emas berbanding 10 pingat emas pada Sukan SEA XV pada tahun 1989.

"Kemerosotan ini perlulah mendapat perhatian Persatuan Taekwondo Malaysia untuk mencari jalan mengembalikan kegemilangan sukan taekwondo negara kita. Tindakan ini perlu dilakukan segera supaya pada masa akan datang sukan ini masih dapat menyumbangkan pingat-pingat di pertandingan antarabangsa...," katanya.


cemerlang2001.jpg (4453 bytes)8.11.01: Maklumbalas Yang Diterima daripada ahli-ahli tamat Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya berkaitan dengan kursus Gerak Cekak adalah positif. Rata-rata mereka berpendapat bahawa kursus ini telah memberikan wajah baru terhadap diri masing-masing.

Modul-modul kursus ini telah dihayati dengan sepenuhnya dan membawa kesan kepada diri mereka.

Naib Presiden Silat Cekak Hanafi, Tuan Hj. Md. Nasir Arshad dalam ucapan penutupnya Ahad lalu telah menegaskan betapa pentingnya kursus ini untuk membangunkan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi yang berketerampilan dan seterusnya menyumbang kepada pergerakan Silat Cekak Hanafi.

Semuga kursus yang julung kali diadakan ini akan menyemarakkan lagi pergerakan Silat Cekak Hanafi di kampus UM.


kl1.jpg (14792 bytes)7.11.01: PESAKA KL Nampaknya menunjukkan belang di hujung tahun apabila mereka menganjurkan Kejuaraan Pencak Silat Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 2001 di Stadium Badminton Cheras minggu ini.

Kejuaraan kali ini menampakkan pembaharuan yang menarik. Baru diperkenalkan ialah kategori Panglima Hijau yang menjurus kepada penyertaan kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.

Menurut setiausaha kejohanan, kategori Panglima Hijau diadakan untuk memberi ruang kepada pesilat muda mengambil bahagian supaya sumbangan kanak-kanak kepada perkembangan sihat Silat Melayu tidak diabaikan.

Persembahan pendekar-pendekar cilik diselangi sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang membanjiri stadium tersebut membakar lagi semangat kanak-kanak tersebut untuk mempersembahkan yang terbaik.

Adalah diharapkan badan PESAKA negeri-negeri lain juga dapat mengikuti jejak PESAKA KL dan memperkenalkan kategori Panglima Hijau ini di pertandingan peringkat negeri mereka.

SSWB mengucapkan syabas dan tahniah kepada PESAKA KL dan PESAKA Malaysia di atas satu pembaharuan yang telah lama dinanti-nantikan. Semoga pencapaian PESAKA melangkah lebih jauh daripada yang ada kini.


1.11.01: Kenapa SSWB Menyepi?
Ramai yang bertanya kepada webmaster dan krew SSWB secara peribadi mahu pun melalui email tentang hal ehwal SSWB. Apakah SSWB sudah tidak berfungsi lagi?

Bagi mereka yang mengenali, SSWB kini mengalami kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah permasalahan kewangan untuk menjalankan perancangan jangka panjang SSWB dan juga kesempitan masa krew SSWB untuk menyumbang artikel.

(* Di sini juga krew SSWB ingin mengucapkan tahniah kepada Jojos yang dikurniakan seorang putera, anak sulungnya pada bulan lepas. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan keluargamu).

Namun begitu, SSWB tidak akan hilang begitu sahaja. Berkat dorongan daripada sahabat-sahabat, pengunjung-pengunjung dan pendokong lamanweb beladiri Malaysia yang lain, insyaAllah SSWB akan terus maju dan mara ke hadapan.

Antara perancangan yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, SSWB Versi 4.0 untuk menemui tahun baru 2002 dan juga KedaiSilat yang baru dan lebih canggih daripada dulu.

Kami berterima kasih di atas segala kata dorongan yang diberi dan insyaAllah kami akan persembahkan yang terbaik. Tungguuuu...

Mohd Nadzrin Wahab
Webmaster
Silat Seni Warisan Bangsa