Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Hadapan | Pengenalan | Persilatan | Senjata | Kalendar | Berita | Islam | Warisan | Galeri

Berita Bulan Januari 2001

31.01.01: Rangkaian Baru Mengenai tulisan Jawi Melayu di mukasurat Warisan. Lagi


29.01.01: Artikel Baru Di mukasurat Islam. Lagi


28.01.01: Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) telah berjaya membawa Silat Melayu ke peringkat dunia. Menurut Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Hishamuddin Hussein, kejayaan PSSLM di peringkat antarabangsa biar dari segi diplomasi mahupun sukan menunjukkan bahawa orang Melayu mampu melakukan apa sahaja apabila berpadu tenaga. Beliau berucap di majlis Mesyuarat Agung Dwitahunan (MAD) PSSLM hari ini di sebuah hotel di Shah Alam. Mahaguru PSSLM, Dato' Haji Omardin Mauju pula menegaskan kekuatan PSSLM adalah pada kebolehannya berpadu dan tidak berpecah seperti beberapa pertubuhan lain. Turut hadir ialah penasihat PSSLM, Dato' Ibrahim Saad, penaung Dato' Seri Abu Hassan Omar, ketua pengarah program Rakan Muda, YM Dato' Raja Ruslan Raja Samah dan tetamu kehormat beladiri seperti Shihan Sheikh Nasser (Shito-Ryu Karate-Do) dan Azlan Ghanie (SENI BELADIRI). 


28.01.01: Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) yang telah diadakan di Singapura pada 21 Januari 2001 telah dimasukkan Lagi


27.01.01: Dua Rangkaian Persilatan baru telah ditambah Lagi


ik1.jpg (9110 bytes)
Tan Sri Muhd b. Muhd Taib bersama atlit silat

26.01.01: Malaysia Berupaya Untuk dinobatkan selaku juara keseluruhan pencak silat pada Sukan SEA XXI di Kuala Lumpur, sekiranya mutu pengadilan berada di tahap memuaskan dan telus.


24.01.01: Tiada Niat Buruk. Itulah yang mahu ditegaskan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Megat Zulkarnain Omar Din, mengenai rombakan drastik mesyuarat jawatankuasa kerjanya dan Majlis Sukan Negara (MSN) minggu lalu.


24.01.01: Dua Lagu Baru di ruangan midi Warisan Lagi


24.01.01: Ruangan Album SSWB telah dipadamkan kerana kurang sambutan. InsyaAllah, ruangan tersebut akan dibuka semula atas permintaan pengunjung.


19.01.01: Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor. Menurut Timbalan Presiden PSSGM, Datuk Dr. Haji Ahmad Lazim di dalam suratnya ke Utusan Malaysia, PSSGM amat gelisah dengan perpecahan Melayu yang melibatkan keluarga hingga tidak bersua. "PSSGM mendoakan semoga pertemuan dan perbincangan yang akan diadakan membawa rahmat dan kesejahteraan yang berkekalan kepada bangsa Melayu khasnya.


15.01.01: Tambahan Rangkaian Baru di dalam Persilatan. Laman web Akademi Seni Silat Gerak Kuntau. Lagi


15.01.01: Kedai Maya Laman web Silat Seni Warisan Bangsa telah ditangguhkan perasmiannya kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, adalah dijangka Kedai Maya akan disiapkan selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Januari 2001. Pihak SSWB berharap pengunjung akan bersabar sementara khidmat baru ini diproses.


14.01.01: Jamuan Aidilfitri Merupakan satu acara yang dinanti-nantikan oleh penuntut Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Ia merupakan satu tempat untuk ahli berkumpul dan berjumpa sahabat handai yang sudah lama tidak kedengaran. Untuk Hari Raya Aidilfitri 2001, Silat Cekak Hanafi telah mengadakan majlisnya di Rumah Persatuan Silat Cekak Hanafi di Kampung Datuk Keramat hari ini. Lebih 200 orang hadir di majlis di antara 2petang hingga 6petang ini. (dihantar oleh TridenKelRaza)


12.01.01: Pertunjukan Silat Yang mencederakan seorang pelajar dua hari lepas dilaporkan dilakukan tanpa pengetahuan Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Segamat. Utusan Malaysia hari ini melaporkan, guru kepada silat tersebut tidak menyedari perbuatan pelajar terbabit. Beliau mengatakan pelajar tersebut tidak mempunyai kemahiran senjata yang cukup untuk mengadakan persembahan.


11.01.01: Permainan Parang Pertunjukan seni silat di sebuah sekolah kebangsaan di Segamat berakhir dengan kecederaan parah seorang pelajar. Polis telah menahan jurulatih silat tersebut untuk siasatan lanjut. Jurulatih itu telah tersilap menetak buah tembikai di atas perut pelajar tadi sehingga terburai tali perutnya. Pelajar tersebut kini berada di hospital.


10.01.01: Pesilat Malaysia Dihargai apabila Majlis Sukan Negara menyampaikan ganjaran dari skim hadiah kemenangan sebanyak RM152,500.00 di Bukit Jalil semalam. Pesilat negara, Zakri Ibrahim menerima ganjaran sebanyak RM20,000 dan Azlinda Ahmad mendapat RM17,500.00. Bersama mereka terdapat 12 lagi pesilat negara yang dihadiahkan di bawah skim tersebut. PESAKA merupakan pertubuhan yang menerima imbuhan paling lumayan.


10.01.01: Perhimpunan Beladiri 2001 akan diadakan pada bulan Mei 2001 ini. Ia dianjurkan oleh majalah SENI BELADIRI dan akan melibatkan makan malam bersama tetamu istimewa, persembahan beladiri, seminar Kitab Mat Kilau, pameran sejarah pahlawan Melayu dan agenda menetapkan HARI SILAT MELAYU.


8.01.01: Laman Silat Seni Warisan Bangsa telah mencatat sebanyak 400 hit pada 8 Jan 2001.


7.01.01: Kedai Maya Laman web SSWB akan berfungsi secara rasminya pada 15 Jan 2001. Kedai maya ini adalah pasar-e di mana barangan silat seperti buku, majalah, baju-T dan lain-lain dapat dijual. Selain dari itu, Kedai Maya juga menyediakan ruang pengiklanan bagi sesiapa yang ingin menjual barangan mereka di Internet.


1.01.01: Rangkaian Silat Terbaru telah ditambah dengan persilatan dari Singapura