Silat Olahraga di SUKSES
Oleh Wartawan SSWB
24.06.01: Kejuaraan Pencak Silat yang diadakan sebagai salah satu acara Sukan Selangor ke-4 (SUKSES IV) telah bermula di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor semalam. Kategori yang dipertandingkan ialah Silat Seni dan Silat Olahraga. Nantikan keputusan penuh kejuaraan tersebut di SSWB.
Forum Persilatan Melayu di UM
Petikan Buletin Lading http://cekakhanafi.com
20.06.01: Satu Forum
Persilatan Melayu sempena perayaan Cemerlang
2001 Silat Cekak Hanafi akan diadakan di Universiti Malaya pada 30hb Jun 2001. Dijemput
hadir sebagai panel adalah wakil daripada Silat Cekak Hanafi, Silat Gayong Malaysia,
Akademi Pengajian Melayu dan Silat Cekak Hanafi UKM. Butir-butir adalah seperti berikut:
Masa: 8 mlm
Tempat: auditorium KPS, Universiti Malaya
Semua dijemput hadir. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar pandangan pandangan ahli panel mengenai peranan silat di alaf baru.
SSWB akan berubah wajah!
Oleh Wartawan SSWB
20.06.01: Lamanweb Silat Seni Warisan Bangsa atau lebih dikenali sebagai SSWB akan
mengalami satu perubahan drastik tidak lama lagi. Menurut webmasternya, Mohd Nadzrin
Wahab, SSWB kini tidak lagi berseorangan tetapi telah menubuhkan satu krew yang akan
bersama-sama membangunkan lamanweb tersebut.
SSWB kini sedang mencari sesiapa yang berminat menjadi wartawan sukarela untuk sama-sama mencari bahan untuk diisi di laman tersebut. Untuk menyertai krew SSWB, sila email wartawan@silat.8m.com
Sambutan Maulid Rasul oleh Cekak
Hanafi
Oleh TridenKelRaza
19.06.01: Ahli-ahli Cekak Hanafi disarankan untuk mengikut sunnah Rasulullah
SAW dalam tatacara hidupnya untuk benar-benar menghayati sambutan Maulid Rasul. Saranan
ini diberikan oleh Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM),
YM Md Radzi Hj Hanafi di dalam ceramahnya di Kuala Lumpur pada hari ini.
Beliau berucap di majlis sambutan Maulid Rasul yang dianjurkan oleh PSSCUH cawangan Ibupejabat (KL). Majlis tersebut dimulakan dengan marhaban dan seterusnya ceramah tersebut. Berita penuh
Hari Pendekar USM 2001
Oleh Anis Wajdi
18.06.01: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) sidang 2000/01
dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (HEP) USM akan menganjurkan Seminar
Persilatan Peringkat Kebangsaan yang dinamakan Hari Pendekar USM 2001 pada 9-12 Ogos 2001.
Difahamkan beberapa nama besar persilatan akan dijemput hadir sama untuk menjayakan acara besar-besaran ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Anis Wajdi di 019-5656903
10 Juta untuk Pusaka Gayong!
Oleh Fairus Khairuddin
18.06.01: Pada 9hb Jun lepas, bertempat di Guar Chempedak, Kedah Darul
Aman, Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) telah dianugerahi dengan satu
pemberian yang cukup besar. Di tengah perkumpulan anak-anak Pusaka Gayong yang berjumlah
sekitar 40 ribu orang itu, satu amanah telah diperturunkan oleh jutawan Melayu, Datuk
Azhar Wahab selaku Pengerusi syarikat Al-Mansur Holdings.
Beliau telah memberikan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada PSSPGM sebagai amanah bagi membangunkan seni Gayong seantero dunia. Pertuntukan tersebut bakal membangunkan kompleks Gayong yang terbesar dan lengkap dengan prasarana persilatan serta usaha pembangunan Islam.
Difahamkan kompleks tersebut akan menyediakan kesediaan penuntutan di dalam ilmu persilatan Gayong dan juga sebuah maktab tahfiz.
Jemputan ke Salam Fatani
Oleh Syahrul Nizam
17.06.01: Persatuan Seni Gayung Fatani Cawangan USM, akan mengadakan aktiviti bertajuk SALAM FATANI yang dianjurkan oleh Persatuan Gayung Fatani USM pada 30 Jun 2001 dari 3pm-5pm bertempat di Gelanggang Gayung Fatani USM. Peserta terdiri daripada Ahli dan bekas ahli PSGF USM, dan jemputan.
Turut dijemput hadir semua ahli dan bekas ahli Gayung Fatani cawangan USM. Tentatif Program 30 Jun 2001
| 3.00
petang |
Majlis
bermula Ucapan YDP Persatuan Ucapan Guru Gelanggang (dan Guru Tua) Ucapan Guru Utama Seni Gayung Fatani Malaysia Persembahan |
| 5.30 petang | Majlis bersurai. |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Syahrul Nizam di 017-570 4439 syahnr@pd.jaring.my