Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Kembali ke depan

Hadapan | Pengenalan | Persilatan | Senjata | Kalendar | Berita | Islam | Warisan | Galeri

Berita Bulan Mac 2001

Cekak Hanafi Diiktiraf Online Oleh Netlife
Oleh Wartawan SSWB

gari.gif (6762 bytes)3.03.01: Silat Cekak Hanafi telah melangkah setapak lagi di dalam memperkenalkan perguruannya ke mata umum dengan tersiarnya artikel 'Silat Online' di bahagian Netlife, surat khabar The Sun pada hari ini.

Artikel yang membuat liputan lamanweb Cekak Hanafi Dunia Digital yang beralamat cekakhanafi.com merupakan satu perkembangan baik di dalam dunia persilatan di internet. Kami di SSWB mengucapkan tahniah kepada webmaster CHDD dan berharap ini hanyalah permulaan. Lawati lamanweb CHDD di sini.


Cimande Lincah Rasmi Gelanggang Subang
Oleh Wartawan SSWB

31.03.01: Persatuan Seni Silat Cimande Lincah hari ini merasmikan gelanggangnya dan membuka peluang kepada ahli-ahli baru menyertainya. Diberitakan bahawa Silat Cimande Lincah mempunyai beberapa gelanggang di seluruh Selangor dan berpusat di Kampung Melayu Subang Tambahan, Selangor.

Sesiapa yang berminat menyertai perguruan ini, sila hubungi Ning di nhmk79@hotmail.com


Gerbang Persilatan Terbaru
Oleh Wartawan SSWB

sonline.gif (2516 bytes)27.03.01: Gerbang Persilatan Dan beladiri terbaru Malaysia kini di dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada bulan Mei atau Jun. Menurut webmaster laman tersebut, Hamdan Kerya, laman tersebut akan bersifat komersil.

Beliau yang juga merupakan webmaster SilatOnline! tidak pula menyatakan apakah gerbang tersebut akan menggantikan SilatOnline! atau wujud asing daripadanya. Beliau kini di dalam perbincangan bersama SSWB dan majalah SENI BELADIRI untuk mengadakan kerjasama.

Untuk maklumat lanjut, sila email pendekar_78@yahoo.com atau lawati SilatOnline!


Silat Cekak Hanafi cemerlang di 2001
Oleh TRIDENKELRAZA

cemerlang2001.jpg (4453 bytes)26.03.01: Silat Cekak Hanafi hari ini menyambut Hari Tenaga Pengajar pertubuhan tersebut selepas tujuh tahun berjuang untuk membawa Silat Melayu ke abad ke 21.

Sambutan tersebut yang dihadiri tenaga pengajar dari seluruh Malaysia juga menyaksikan pengumuman bakal perjanjian di antara Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.

Bank tersebut dijangka membantu di dalam pengasasan sebuah tabung sumbangan bagi sebuah bangunan yang akan dibina tidak lama lagi. Berita penuh


Omardin terima anugerah MGTF
Oleh Wartawan SSWB

PSSLM1.jpg (4429 bytes)24.03.01: Dato' Haji Omardin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, hari ini dianugerahkan talipinggang hitam kehormat darjah ketujuh (7 dan) yang membawa gelaran master oleh Persekutuan Tae Kwon Do Global Malaysia (MGTF).

Semasa berucap di perasmian Kejuaraan Traditional Taekwondo Academy (terbuka) yang ke-14 di sebuah pasaraya di Subang Jaya, Selangor, Dato' Omardin menganggap anugerah tersebut sebagai satu penghargaan terhadap usaha Seni Silat Lincah dalam memperjuangkan seni beladiri ke seluruh dunia.

Turut mendapat anugerah kehormat ialah Ketua Pengarah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, YM Dato' Raja Ruslan Raja Samah (darjah kedua) dan Timbalan Presiden Persekutuan Tinju Amatur Malaysia, Dato' Amiruddin Haji Mohd Radzi (darjah pertama). Kesemua anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden MGTF yang juga Presiden (pro-tem) Majlis Wajadiri Malaysia, Dato' Prof. Dr. Sabree Salleh.


Presiden Gayong kembali kerahmatullah
Oleh Wartawan SSWB

razali1.jpg (16222 bytes)19.03.01: AlFatihah. Guru Mohd Razali bin Mohd Salleh, Yang DiPertua dan Pemegang Amanah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, telah kembali kerahmatullah di Makkah al-Mukaramah selepas waktu Isyak (waktu Makkah) pada hari ini.

Pemimpin-pemimpin dan anak-anak Gayong telah berkumpul pada malam ini di rumah anak guru Razali untuk mengadakan bacaan Tahlil. Kami di SSWB, majalah SENI BELADIRI dan SILAT WARRIOR mengucapkan takziah kepada keluarga guru Razali dan semua anak Gayong. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin. Sila ke lamanweb Gayong Malaysia

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan ucapan takziah boleh hubungi ibupejabat Gayong Malaysia di:
50-3, Jalan Sulaiman Satu, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang. Tel:03-4701922/4709353 atau email gayong@skybiz.com


15.03.01: Lima Rangkaian Silat Melayu telah ditambah ke mukasurat Persilatan, enam rangkaian Petua dan satu rangkaian Adat ke mukasurat Warisan.


15.03.01: Gerbang Silat Melayu pertama di Malaysia akan dibina tidak lama lagi oleh seorang anak tempatan yang akan menyediakan berbagai perkhidmatan dan paparan yang menarik. Buat masa kini, laman yang tersedia memerlukan sokongan untuk menjayakannya. Sila ke SilatOnline untuk melihat gerbang yang sedia ada. Sekiranya anda berpeluang, sila email webmaster laman tersebut untuk menunjukkan sokongan anda. Klik Sini Untuk Ke SilatOnline


14.03.01: Sidang SSWB Kini beroperasi kembali selepas khidmat papan mesej yang disediakan oleh InsideTheWeb ditamatkan akibat daripada penutupan syarikat web tersebut. Sidang SSWB kini beroperasi di Httpboards dan sudah pun menerima pengunjung. Kami di SSWB berharap kunjungan diterima tanpa perbincangan akan dilakukan dengan sopan dan beradab.


11.03.01: Majalah Silat WARRIOR merupakan majalah terbitan tempatan yang pertama dieksport ke luar negeri. Majalah tersebut yang berbahasa Inggeris telah diterbitkan untuk memperbetulkan persepsi dunia luar mengenai Silat Melayu. Menurut penerbitnya Nigel Sutton yang bekerjsama dengan majalah SENI BELADIRI, "Kami berharap dengan terhasil majalah ini, dunia Barat tidak lagi akan mengatakan silat hanya terdapat di Indonesia. Malah kalau boleh, kita tonjolkan bahawa Silat Melayu masih bertradisi adat dan adab". Namun, pendegaran majalah tersebut di Malaysia terhad kepada 500 naskhah. Sesiapa yang berminat mendapat majalah Silat WARRIOR, sila hubungi pejabat majalah SENI BELADIRI di 03-40255379.


10.3.01: Majlis Wajadiri Malaysia bakal menjadi suara terkumpul bagi seni-seni beladiri di Malaysia. Ini dinyatakan pada hari ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur oleh Dato' Prof. Dr. Sabree Salleh, Presiden Tae Kwon Do MGTF. Beliau berucap di pertemuan guru-guru silat dan seni beladiri lain di sini. Pertemuan tersebut bertujuan mendapat kata sepakat satu memorandum yang dihantar ke Perdana Menteri Malaysia pada hari yang sama. Pada akhir pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa sementara telah dilantik untuk menubuhkan Majlis Wajadiri Malaysia yang akan menjadi badan payung kepada semua seni beladiri di Malaysia. Delegasi sebanyak 21 wakil perguruan telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pukul 5petang. Antara isi memorandum tersebut adalah membantah demonstrasi jalanan yang dibuat oleh mana-mana parti politik demi keamanan negara. Walau bagaimanapun, delegasi yang diketuai oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia itu menegaskan bahawa memorandum tersebut tidak berniat politik tetapi bertujuan untuk menjamin kesejahteraan tanahair. Perdana Menteri telah menerima memorandum tersebut dengan baik.


2.3.2001: KedaiSilat Telah Dibuka kepada pengunjung SSWB. Laman ini bertujuan menampilkan barangan dan merchandise silat yang kurang mendapat perhatian oleh pesilat di Malaysia dan luar negeri. Kepada pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan yang ingin mengiklankan barangan mereka boleh email kepada iklan@silat.8m.com.Untuk melawat KedaiSilat, sila klik sini