Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Hadapan | Pengenalan | Persilatan | Senjata | Kalendar | Berita | Islam | Warisan | Galeri

Berita Bulan Mei 2001

Lamanweb Jak Othman beroperasi
Oleh Wartawan SSWB

29.05.01: Pencak Silat Harimau Berantai kini mendapat laman webnya yang tersendiri. Guru silat ini adalah Jak Othman yang lebih dikenali sebagai pengarah dokumentari Mahaguru dan Wajadiri tidak lama dahulu. Setelah sekian lama mengajar Harimau Berantai, guru Jak kini melangkah ke alam siber dengan laman yang serba canggih ini.

Sila klik di sini untuk melawat laman tersebut.


SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MELAYU
Oleh Wartawan SSWB

29.05.01: Sila Baca Artikel menarik mengenai persenjataan Melayu. Sila klik di sini.

Untuk membaca kajian SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MELAYU, sila klik di sini


T-Shirt SSWB Laris Dijual
Oleh Wartawan SSWB

29.05.01: Jualan T-Shirt SSWB mendapat sambutan yang hangat apabila pejabat SSWB di Taman Setapak Indah dibanjiri surat pembeli. Dalam masa dua bulan sahaja, kesemua t-shirt telah ditempah dan dibeli. Bagi mereka yang ketinggalan, peluang untuk mendapatkan t-shirt SSWB masih terbuka.

Sila dapatkan borang t-shirt di majalah SENI BELADIRI ms 24. Untuk maklumat lanjut, sila email webmaster@silat.8m.com


SSWB Kini Nombor 5
Oleh Wartawan SSWB

27.05.01: Laman Web SSWB kini berjaya menduduki tempat kelima dalam carta 100 Laman Melayu Terbaik. Kami mengucapkan terima kasih kepada pengunjung pengunjung kami yang sudi mengundi laman ini sehingga mencapai kejayaan ini.

Diharapkan pengunjung mengundi kami lagi supaya Silat Melayu dapat menduduki tempat pertama di carta tersebut. Untuk melihat kedudukan SSWB dalam carta, sila klik sini.

Untuk mengundi SSWB di Carta 100 Laman Melayu Terbaik, sila klik butang di hujung kolum Berita Silat.


Pak Andak Dapat Amanah Gayong?
Oleh Wartawan SSWB

26.05.01: Majalah SENI BELADIRI edisi bulan Jun melaporkan bahawa guru utama Silat Pusaka Gayong, Abdul Majid Mat Isa telah mendapat amanah daripada Siti Kalsom anak kepada Mahaguru Gayong Allahyarham Meor Abdul Rahman. Apakah amanah itu? Dapatkan majalah SB bulan Jun secepat mungkin!!
Isi Menarik-
*Silat Gerak 41 banggaan Brunei
*Ken Shamrock, pejuang sejati?
*Ving Chun, teknik Chi Sao
*Teknik keris Harimau Berantai
*Siapa pengkhianat bangsa?


Pembantu Gurulatih Gayong Diperlukan
Oleh Wartawan SSWB

26.05.01: Kursus Pembantu Gurulatih Daerah Hulu Langat akan berlangsung dari 26-29 Jun 2001 di UKM Bangi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Zamir Mohd Sharif (Jebat) di 019-2833093


SilatOnline Kini Baru
Oleh Wartawan SSWB

25.05.01: Laman Web SilatOnline kini berwajah baru di domain Tripod. Walaupun masih di dalam pembinaan, tetapi ia merupakan satu usaha seorang anak Melayu yang mampu dibanggakan.

Webmasternya, Hamdan Kerya berkata laman yang berbentuk portal itu dijangkakan disiapkan sepenuhnya dalam bulan Jun sebelum dipindahkan ke domain yang kekal. SSWB mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepadanya.

Beliau boleh dihubungi di email kiyai78@yahoo.com


Jemputan Kepada Semua Pesilat
Oleh Wartawan SSWB

24.05.01: Dijemput Para Pesilat hadir ke majlis khatam Silat Cimande Lincah di Kampung Sri Nadi Johan Setia Klang, pada 26/5/2001 pada pukul 9.00 malam.keterangan lanjut e-mailkan kepada fizziremiey@hotmail.com atau hubungi Ning 016-3917285.


Budi Suci Sambut Ulangtahun 43
Oleh Wartawan SSWB

19.05.01: Selama 43 tahun sebuah perguruan telah melangkah jauh untuk memikat rakyat Malaysia. Pertubuhan Budi Suci Sejati pada hari ni telah menyambut ulangtahunnya ke-43 di Rimba Suci, Taman Melawati, Selangor.

Pada malam ini, gurunya telah menyampaikan anugerah pertubuhan tersebut kepada pengamal-pengamalnya. Sebuah demonstrasi hebat telah diadakan di mana pengamal Budi Suci Sejati menunjukkan kebolehan mereka membuat pukulan dari jauh lalu menumbangkan musuh tanpa menyentuhnya.

Menurut seorang jurulatih perguruan ini, ilmu ini telah dipelajari dari Indonesia oleh mahaguru mereka dan kini telah berkembang pesat di Malaysia.


Seminar Tongkat Percuma Berjaya
Oleh Wartawan SSWB

6.05.01: Perguruan Silat Setiabakti telah mengambil langkah berani untuk mengetengahkan teknik permainan tongkat kepada umum. Guru Utamanya, guru Dahlan Karim telah mengadakan sebuah seminar percuma tongkat pada hari ini dan mengalu-alukan kehadiran daripada pengamal pelbagai perguruan.

Menurutnya, teknik tongkat yang dipelajari adalah ringkas dan mudah dipelajari. Beberapa kursus yang agak sama juga dirancang untuk masa depan. Turut hadir di seminar tersebut ialah penerbit majalah SENI BELADIRI, Azlan Ghanie, guru Pencak Silat Harimau Berantai, Jak Othman, guru Capoeira, Ahmad Qadir Firdaus, guru utama Silat Sendeng Jebak Purba, guru Faudzuli dan pengamal-pengamal seni beladiri selain Setiabakti.

Sesiapa yang berminat mendapat maklumat, sila hubungi Dahlan Karim di
016-3500 410