Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web


Artikel Lama
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Asal Usul SSWB (http://silat.8m.com)

 

SSWB Melangkah Lagi

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melangkah ke Silat Seni Warisan Bangsa (SSWB). Bagi mereka yang sudah lama berkunjung ke sini, kami di SSWB mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda. SSWB juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi memberikan kata-kata mendorong dan pujian di dalam bukutetamu. Sesungguhnya, semua itu akan kami jadikan bekalan untuk lebih bersemangat di dalam perjuangan kami.

Sudah tentu pengunjung dapat melihat satu perbezaan dari segi konsep dan rekabentuk SSWB sendiri. Sememangnya itulah niat kami, iaitu untuk sentiasa berubah dan mematangkan diri mengikut peralihan zaman. Kalau dahulu, SSWB hanyalah merupakan satu hobi atau khayalan seorang, tetapi kini SSWB bagaikan sebuah batu berguling yang tidak dapat dihentikan.

Apabila SSWB Versi 1.0 dibina, kami tidak menyangka ia dapat menyumbangkan apa-apa pun kepada dunia persilatan tanahair. Tetapi selepas Versi 2.0 sehingga 2.35 dibina, semakin hari, semakin ramai pengunjung menghantar email dan meninggalkan mesej di bukutetamu yang menandakan bahawa kami meninggalkan kesan kepada mereka.

Kami juga berbangga kerana beberapa orang melahirkan hasrat menjadi wartawan sukarela bagi SSWB. Kami terharu dengan tawaran mereka dan ini menyemarakkan lagi semangat kami untuk menyampaikan yang terbaik. Tepat enam bulan sejak SSWB Versi 2.0 dibina, ia berubah wajah lagi, kini SSWB Versi 3.0. Inilah yang kami ingin persembahkan kepada peminat kami.

Warga SSWB tidaklah ramai, hanya beberapa rakan yang sudi bergabung tenaga untuk menyampaikan apa yang dimiliki kepada dunia persilatan. Antara kemudahan dan kolum terbaru disajikan ialah Selayang Pandang yang akan menyediakan review lamanweb, filem dan buku yang berkaitan dengan beladiri. Mungkin pada satu hari nanti, review di sini akan diterima ramai? Siapa tahu?

Tetapi wartawan sukarela akan sentiasa dialu-alukan untuk menghantar review mereka sendiri ke SSWB (boleh diemail ke wartawan@silat.8m.com) dan kami akan siarkan setiap minggu. Tambahan pula, artikel buat kolum berita, kalendar dan topik-topik bebas juga diterima. Jangan malu-malu, disebabkan malu semalu dipijak...

Juga baru ialah sebuah sidang di mana pengunjung dapat bertukar-tukar pendapat dengan meninggalkan mesej untuk dijawab pengunjung lain. Tetapi yang dinantikan kami ialah kemudahan chatting yang kini sudah tersedia untuk pengunjung berbincang sesama sendiri ataupun bersama webmaster SSWB yang akan berada di saluran #silat pada waktu-waktu tertentu.

Buat pertama kali juga, SSWB akan memberikan sedikit curirasa isi majalah SENI BELADIRI yang akan datang, sebelum ia muncul di pasaran! Pengunjung yang merungut bahawa KedaiSilat tidak berfungsi dengan betul kini mendapat apa yang diminta. KedaiSilat aktif kembali di bawah SSWB pula, dengan lebih banyak barangan untuk dibeli!

Dan paling penting sekali, ialah kajiselidik SSWB di mana, kami dapat mengumpul pendapat anda tentang topik-topik penting yang menyentuh dunia persilatan masakini. Anda juga boleh menghantar topik dan soalan cadangan untuk dijadikan kajiselidik. InsyaAllah, kami tidak akan abaikan usaha anda semua.

Akhir kata, kami amat berbangga kerana dapat menyediakan satu perkhidmatan buat pesilat-pesilat di Nusantara ini dan beladiri secara umumnya. Selagi kami masih didoakan anda, selagi itulah kami akan bergerak maju untuk Silat Melayu. Wassalam.

Mohd Nadzrin Wahab
Webmaster
Silat Seni Warisan Bangsa
25.6.2001


SSWB Versi 1.0


SSWB Versi 2.0


SSWB Versi 2.35